Assalamualaikum.. salam hujung minggu. ari ni aku nk share satu crita yg aku rasakan sgt menarik dan boleh jadi teladan untuk aku dn jugak korang. crita ni aku dapat dr sebuah buku "Koleksi Kisah-kisah Teladan : Teladan Islam". bagi aku buku ni best sbb byk kisah teladan masa zaman nabi dulu dn juga baik untuk di baca kepada budak2...k meh aku share crita ni.
Nabi Musa adalah satu2nya nabi yg boleh bercakap terus dgn Allah. setiap kali nk berinteraksi dgn Allah, nabi musa akan naik ke bukit tursina. dibukit tu lah jugak nabi Musa selalu bermunajat.
k. ade satu hari tu Nabi Musa bertanya pada Allah. "Ya Allah, siapakah jiran aku di syurga nnti". maka Allah pon menjawab dgn menyatakn nama serta kampung org tersebut. maka Nabi Musa pon terus berangkat mencari pemuda yg akn jadi jirannya tu nnti.
lps puas tnya org sana sini, Nabi Musa pon smpai la di rumah pemuda yg akn jadi jirannya tu. selepas bg salam, Nabi Musa pon dijemput masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah tu lgsung x melayan Nabi Musa. dia masuk dalam bilik dan tiba2 keluar smbil mendukung seekor babi betina yg besar. babi tu didukung dgn cermat kemudian dimandikan. lps dimandikan org tu pon mencium dan membelai babi tersebut. Nabi Musa pulak terkejut dan tertanya dlm hati..."apa yg jadi ni?"
lps dia meletak babi betina tadi semula ke dlm bilik, dia keluar pula seekor lagi babi jantan. sama juga, dimandikan, dibelai dan dicium dgn penuh kasih sayang. kemudia dihantar semula ke dalam bilik.
selesai kerjanya barulah pemuda itu berjumpa dgn Nabi Musa. maka Nabi Musa pon bertanya. apakah agamau? jawab pemuda trsebut : "agamaku adalah Islam". "habis kenapa kamu membela babi?? itu kan larangan dlm agama. kita x boleh buat demikian." balas Nabi Musa.
jawab lah pemuda tersebut. "wahai tuan hamba, sebenarnya kedua ekor babi itu adalah ibu bapa ku. mereka telah melakukan dosa besar maka Allah telah menghukum mereka dgn menukar rupa kepada babi dan juga buruk rupanya. soal dosa mereka dgn Allah itu sola lain. itu urusan mereka dgn Allah. aku sebagai anknya tetap melaksanakan kewajipan sebagai anak. hari2 aku berbakti kpd ibu bapaku sprti yg tuan hamba lihat tadi. w.pon mereka sudh mnjadi babi, aku tetap melaksanakn tugasku."
" stiap hari aku berdoa kpd Allah agr mereka diampunkan. aku juga berdoa supaya Allah menukar mereka mnjadi manusia biasa. tapi Allah masih belum makbulkan permintaanku.
pada masa tu jugak Allah turunkn wahyu kpd Nabi Musa. "wahai Musa inilah jiranmu disyurga kelak kerana baktinya sngt tinggi kpd ibu bapanya. maka kami naikkan makamnya sebagai anak soleh." Allah juga berfirman, " oleh kerana dia berada di makam ank soleh maka kami angkat doanya. tempat ibubapanya yg asalnya di neraka kini disyurga."
itulah citer seorg anak yg diangkat sebagai anak soleh sekaligus dpt menyelamatkn ibu bapanya dr api neraka. jom kita nilai diri kita. sejauh mana hormat dan kasih syg kita pada ibu bapa kita?? fikir2 kan...moga kita mndapt iktibar dr crita ini...insyaallah...
No comments:
Post a Comment